Monday, 7 August 2017

Cara Buat Jus Kunyit Untuk Mantapkan Rahim



Tampil cantik setiap hari pastinya menjadi satu kemestian untuk wanita hari ini. Namun tampil cantik pada luaran sahaja tidak mencukupi jika dalaman mereka goyah dan tidaklah sesihat seperti yang difikirkan.

Bagi wanita, amalan menjaga bahagian dalaman terutamanya rahim sangatlah perlu dititik beratkan. Mengamalkan jus kunyit adalah salah satu cara terbaik untuk menjaga bahagian peranakan ini.

Ia boleh dibuat sendiri di rumah dan disarakan minum setiap hari. Apa bahan-bahannya dan bagaimana menghasilkannya? Ikuti panduan ini.

Bahan-bahan:

2 ketul kunyit

1/2 ketul halia

2 batang serai

1/2 ketul lengkuas

1 biji manjakani

Garam secukup rasa

1 liter air

Cara Membuat:

1. Ketuk semua bahan ini.

2. Jika suka anda boleh juga mengisarnya.

3. Masak seketika hingga mendidih dan sejukkan.

4. Toskan dan minum airnya.

TIP

Amalkan pengambilan air ini satu gelas kecil setiap hari. Jus kunyit membantu mengecutkan rahim dan ia baik diminum selepas tempoh haid setiap bulan.

Bukan itu sahaja, jus ini amatlah disyorkan untuk ibu yang baru melahirkan anak. Selain mengecutkan rahim, jus kunyit juga menggalakkan penghasilan susu ibu.